ENSIKLOPEDIA KELUARGA BAHAGIA BY USTAZAH ASMA HARUN MUST READ HARD COVER Buku Panduan
Sold by Must Read
5(1)
4 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by Apr 18 - Apr 22
Specifications
Customer reviews (1)
🍉**🍉
Item: Default
Alhamdulillah. Dah terima. Delivery pantas .Packaging secure buku sampai dgn baik. Saya beli dgn harga yg tersebut.
December 8, 2023
Must Read
251 items
Shop performance
Better than 84% of other shops
Ships within 2 days
91%
About this product
Jenis Halaman Kulit:Kulit Keras
Bilangan Muka Surat:616
Pengarang:USTAZAH ASMA HARUN
ISBN/ISSN:9789672250999
Penerbit:MUST READ SDN BHD
Product description
Permulaan sesebuah kebahagiaan bermula daripada keluarga yang bahagia. Hal ini kerana permulaan hidup kita bermula dari rumah dan keluarga kita sendiri. Namun malangnya, dewasa ini kita kerap mendengar pelbagai isu yang kurang menyenangkan berkaitan keluarga yang menggugat keharmonian sesebuah keluarga itu. Isu berkaitan hubungan suami isteri, akhlak anak dan sebagainya. Di manakah silapnya? Puncanya? Mengapa?
Banyak persoalan yang bermain di minda, namun sedarkah kita dunia akhir zaman sentiasa dipalit kisah-kisah pahir getir yang tidak terjangkau dek akal? Oleh itu, kami tampil dengan bingkisan lengkap panduan membentuk keluarga bahagia bertajuk ENSIKLOPEDIA KELUARGA BAHAGIA: CINTA SAMPAI SYURGA sebagai solusi kepada pasangan suami isteri dalam memandu atau melayari bahtera rumah tangga.
Sesuai dengan tajuknya (ensiklopedia), buku ini membincangkan dan mengulas dengan mendalam pelbagai topik dalam pembentukan keluarga bahagia mengikut syariat Islam yang merangkumi pelbagai fasa kehidupan berkeluarga iaitu fasa sebelum perkahwinan, awal perkahwinan dan alam rumah tangga termasuk hal mendidik anak-anak.
Matlamat sebuah perkahwinan seharusnya untuk membangun keluarga sakinah yang pada akhirnya dapat bersama-sama menuju Syurga Allah SWT. Maka, buku ini akan membincangkan tentang matlamat pembinaan perkahwinan dalam Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21, iaitu untuk mendapatkan ketenangan jiwa (sakinah), pembinaan rasa cinta (mawaddah) dan saling menghargai serta belas kasihan antara satu sama lain (rahmat). Demi mencapai matlamat tersebut syariat Islam telah menggariskan petunjuk-petunjuk dalam proses membentuk keluarga bahagia bagi mencapai apa yang dikatakan keluarga sakinah. Dalam buku ini kami membincangkan proses-proses atau langkah-langkah utama yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa atau wali dalam membentuk sebuah keluarga yang menepati kehendak Allah SWT.
Keluarga bahagia tidak semestinya sempurna tapi cukup untuk menjadikan ahli-ahlienang dan aman tanpa permusuhan dan konflik. Semoga buku ini dapat memandu pembaca ke jalan bahagia bersama keluarga tersayang kerana KELUARGA BAHAGIA ITU SYURGA DUNIA.