Karya Saffiyyu al-Rahman al-mubarakfur ini merupakan karya yang unik dari segi bahasa dan susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa berkaitan dengan Rasulullah SAW diceritakan secara kronologi, diperincikan sehingga mampu digambarkan oelh pembaca. Pandangan dan pendapat mengenai sifat dan peribadi Rasulullah SAW daripada para sahabat, isteri Baginda dan masyarakat setempat dimuatkan dalam bab akhir dalam buku ini.
Jelas, buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan untuk pelajar, pendidik dan pendakwah sebagai panduan dalam usaha menyebarkan dakwah. Malah masyarakat umum juga akan mendapati buku ini amat bermanfaat dalam mendidik diri untuk lebih mengenali serta memperhalusi kisah kehidupan Rasulullah SAW serta keperibadian Baginda.