Apa Itu Tasawuf? - Martin Lings (What is Sufism) (Edisi Bahasa Melayu (Buku IBDE)
Sold by Buku IBDE
4.9(73)
462 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by May 15 - May 16
Specifications
Customer reviews (73)
h**n
Item: Default
Mantap. Terbaik. Superb quality. Tak rugi beli untuk tambah ilmu
October 25, 2023
F**d T**
Item: Kulit Keras/Hardback
Alhamdulillah akhirnya dapat juga buku Muhammad & Apa Itu Tasawub yg di karang oleh Martin Lings. Buku dia kualiti, mcm buku bangsawan. Harap ilmu ini dpt memberi maaf kat aku n keluarga.
Tq ibde dgn packaging kemas, penghantaran laju, buku kualiti, siap dpt diskaun lg dan puas hati.
November 26, 2023
r**2
Item: Kulit Lembut
Printing quality๏ผSatisfactory
Packaging๏ผReliable
April 11, 2024
a**i
Item: Default
MANTAPP.!!!Pengahantaran laju..packing tebal siap dengan kotak
September 22, 2023
D**d
Item: Kulit Lembut
Agak berat pembacaannya, tak sesuai untuk bacaan santai sebab ianya perlu pemahaman yg jelas dan serius. Niatlah membeli buku ini untuk jadikan diri kita lebih dekat dengan Allah dan syariat Islam. Ilmunya padat dan banyak kiasan. Itu sahaja ulasan dari saya
June 3, 2024
K** D**u ** T**s K**n
Item: Default
Buku kualiti bagus packaging cemerlang
Printing quality๏ผโ โ โ โ โ
Packaging๏ผโ โ โ โ โ
Content clarity๏ผBaru mula membaca
October 26, 2023
R**a
Item: Kulit Lembut
Sampai dalam kondisi yang elok dan buku y ke 6 untuk koleksi bacaan sya.
May 17, 2024
Y**0
Item: Kulit Lembut
Alhamdulillah. Buku sempat sampai before raya. Nanti boleh baca time kt kampung. Thanks seller. Barang smpai cepat
April 5, 2024
U**N A**R
Item: Default
Reading materials that are easy to understand.
October 30, 2023
๐ฒ**๐ธ
Item: Kulit Lembut
Yg ingin dkt kepada sang pencipta.beli lah๐
March 22, 2024
A**y
Item: Kulit Lembut
Buku ni bukan bacaan rilex3 smbil minum kopi ye. Setiap perkataan yang dh diterjemah tu mmg amik masa nak hadam n faham. Baca dan fokus bukan baca dan berangan mcm baca novel biasa.
April 1, 2024
e**o c**s
Item: Kulit Lembut
alhamdullilah...packaging yg baik demi memastikan buku itu dpt dlm keadaan yg amat baik..
tasawuf itu penting...๐ช..wajib bagi kita belajar
Yet to read but very fast delivery and well packed
November 26, 2023
M**i
Item: Kulit Keras/Hardback
Penghantaran yang cepat. Bungkusan juga kemas. Buku diterima dalam keadaan baik.
November 25, 2023
E**G
Item: Default
Barang sampai dlm keadaan baik dan selamat. Bungkusan kemas dan penghantaraan cepat. Barang cun melecun๐๐๐
October 21, 2023
s**m a**g
Item: Kulit Lembut
Buku terbaikk, saya tercari cari buku macam ni๐๐๐
March 25, 2024
R**
Item: Kulit Lembut
Good material
April 17, 2024
Buku IBDE
95 items
Shop performance
Better than 88% of other shops
Ships within 2 days
86%
Responds within 24 hours
89%
About this product
Bilangan Muka Surat200
Penterjemah9789670037097
PengarangMartin Lings
ISBN/ISSN9789670037097
PenerbitIBDE ILHAM SDN BHD
BrandBuku IBDE
Product description
Judul asal: What Is Sufism?
Penulis: Martin Lings
Penterjemah: Khairul Anam
Penyunting: Al-Mustaqeem M. Radhi.
Tahun terbit: 2022
Halaman: 200 mukasurat
ISBN: 9789670037097
Ukuran: 13 x 20 x 3 cm
Berat: 0.45 kg
Harga: RM 55.00
Apa itu Tasawuf ?โsebagaimana terzahir pada judul dan ukurannyaโsebuah buku berupa pengantar. Namun ramai pembaca yang berhajat kepada sebuah buku kecil yang memberi tinjauan serba ringkas yang mudah difahami perihal ajaran ruhani Islam barangkali akan segera menyedari, sebaik membaca baru beberapa halaman daripada bab pertamanya, bahawa mereka sudah terpedaya dengan rupa zahirnya. Kerana buku ini tidak sesuai sebagai bacaan ringan bagi melayani hobi membaca sambil bersantai di kedai kopi. Sebaliknya, pengarangnya menuntut daripada pembaca sesuatu yang tiada kurang daripada โperhatian yang mendalam serta bersungguh-sungguh kepada benda bersifat ruhani.โ Bahkan kesungguhan pengarang sendiri jelas kelihatan daripada ayat pembukaan bab pertama lagi yang tanpa bertangguh-tangguh menarik pembaca untuk terus terjun menyelam ke dasar persoalan ini tanpa memperkenal barang sedikit pun latar sejarah atau keagamaannya. Dengan lain kata, Apa itu Tasawuf? mengundang pembaca tetapi pada waktu sama menidakkan ramai pembaca.
-
Martin Lings terpanggil untuk menulis buku ini kerana wilayah Barat pada waktu itu sedang menyaksikan kemunculan minat yang besar kepada benda bersifat ruhani daripada tradisi agama Timur akibat bertegang hidup dalam kehampaan kalbu. Namun, benda yang nista jikalau dia menyentuh benda yang kudus tanpa dia sedari tetap jua mahu menjangkitkan kotorannya hingga mencemarkan kemuliaannya. Demikianlah yang terjadi pada waktu itu hingga timbul apa yang layak digelar sebagai gerakan keruhanian palsu. Maka Martin Lings, sebagai seorang yang ahli dalam jalan ruhani Islam, tampil mengambil tanggungjawab untuk menjernihkan keraguan dan kecurigaan yang timbul terhadap tasawuf.
Buku ini ditulis untuk pembaca Barat, namun pesan dan hasil perenungan akliah yang terkandung dalamnya tetap bermanfaat kepada sesiapa pun walau di mana jua. Dalam mengerjakan terjemahan bahasa Melayu ini, telah saya cuba pada beberapa tempat untuk menghilangkan latar Baratnya dan menggantikannya dengan ucapan yang lebih dekat dengan pembaca yang sudah agak mengenali agama Islam dalam rantau Melayu. Dalam pada itu saya banyak mengguna atau memperkenalkan kembali kosa kata yang dulu pernah menjadi kebiasaan dalam persuratan kesufian dan sastera di Tanah Jawi namun kini jarang sekali disebut dalam tulisan mahupun percakapan harian. Semoga ini memberi manfaat dalam memenuhi keinginan kita untuk memperoleh kefahaman dan pengenalan tentang sisi batin agama Islam sambil membantu kita menghimbau gaya pengucapan nenek moyang kita sendiri.
- Kata Pengantar Penterjemah (Khairul Anam Che Mentri)