memang bagus buku ni, gaya penulisan santai tapi padat dengan kritikan dan idea untuk membina ummah di Malaysia dan pelajar universiti, even dah lama buku ni for me still relevant..
December 18, 2023
Karangkraf Mall
323 items
Product description
Buku Segelas ‘Asir di Muara Nil merupakan sebuah catatan perjalanan seorang penulis muda di bumi Mesir. Catatan
perjalanan ini disampaikan kepada pembaca seolah-olah
penulis sedang menulis di diarinya. Pembaca akan dibawa kembara bersama penulis menelusuri kota-kota lama dan
baru di Mesir dan segala pahit manis perjalanan tersebut.
Bab-bab di dalam buku ini disusun plot demi plot, maka
pembaca akan merasakan sebuah pengalaman kembara
bersama sambil ditemani rakan kembara yang mengajak
pembaca berfikir mengenai ibrah dari tempat-tempat yang dilawati, serta fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan
tempat tersebut.
Laras bahasa yang digunakan adalah santai, namun isi
kandungan yang dibincangkan sepanjang kembara adalah bersifat analitikal dan kritikal, sesuai bagi pembaca yang
sukakan kelainan dalam bacaan atau kembara.
Sebagai juga seorang penulis skrip tv, maka kaedah penulis dalam menggambarkan suasana dan tempat yang dilawati kepada pembaca amatlah berkesan. Emosi pembaca akan disentuh, pemikiran pembaca akan dicabar, dan
perlahan-lahan pembaca sedang dibawa ke Mesir dan
merasa sendiri akan bingitnya kota Kaherah, indahnya bumi Faiyyum, serta lazatnya ‘Asir Mesir.