About this product
- Bilangan Muka Surat:224
- Editor:Muhammad Izzat
- Penterjemah:Muhammad Izzat
- Penerbit:Karya PIS
- Kuantiti Setiap Pek:1
- Versi:Ringkas
Product description
[1] Menggunakan sumber-sumber rujukan sirah yang berautoriti dan buku-buku sirah moden sebagai pelengkap
[2] Menceritakan perjalanan Perang Badar dari awal sehingga selesai dengan lebih terperinci berbanding kuliah di surau dan masjid
[3] Turut memuatkan fikah, ibrah dan pengajaran yang boleh dipetik daripada peristiwa Perang Badar
[4] Disertakan sekali teks Arab daripada sumber-sumber rujukan sirah
[5] Sarat dengan nota kaki dan maklumat tambahan
*Aliran masa perang badar secara ringkas*
[1] Perang Dhū al-ʿUshayrah
[2] Ketumbukan ke Nakhlah
[3] Kepulangan rombongan Abū Sufyān, Nabi Muḥammad dan para sahabat keluar untuk menggempur rombongan tersebut
[4] Tentera Quraisy keluar dari Mekah untuk melindungi rombongan Abū Sufyān
[5] Rombongan Abū Sufyān selamat sampai ke Mekah, namun Abū Jahl berkeras mahu memerangi umat Islām
[6] Nabi Muḥammad membuat keputusan untuk terus mara setelah berbincang dengan para sahabat
[7] Umat Islām tiba di Badar terlebih dahulu. Umat Islām melakukan persediaan untuk peperangan.
[8] Semua tentera Islām tidur pada malam itu kecuali Nabi. Baginda meluangkan masa sepanjang malam untuk beribadah.
[9] Pada pagi keesokannya, umat Islām berperang dengan bala tentera Quraisy.
[10] Nabi merintih kepada Allāh supaya Allāh memberikan bantuan kemenangan kepada umat Islām.
[11] Allāh menunaikan janji-Nya. Umat Islām menang dalam perang ini.
*Lepas baca buku, kita dapat apa*
[1] Mengetahui latar belakang peristiwa Perang Badar.
[2] Mengetahui perjalanan Perang Badar dari awal sehingga selesai dengan lebih terperinci.
[3] Mengetahui fikah, ibrah dan pengajaran yang boleh dipetik daripada peristiwa Perang Badar.
*Kenapa kita kena baca kisah perang badar*
[1] Kisah Perang Badar mengajarkan kita tentang pentingnya berjuang di jalan Allāh untuk menegakkan kebenaran dan keadilan meskipun menghadapi tentangan dan kesulitan yang amat besar.
[2] Kisah Perang Badar menyedarkan kita tentang nilai-nilai Islām yang mulia, seperti persaudaraan, solidariti, kebersamaan dan kasih sayang sesama muslim.
[3] Kisah ini mengenalkan kepada kita secebis pengorbanan para sahabat dalam mempertahankan agama Allāh.
[4] Kita perlu baca kisah Perang Badar untuk mencedok fikah, ibrah dan pengajaran daripada peristiwa yang besar dan penting ini.
[5] Kita perlu baca kisah Perang Badar untuk membakar semangat dan motivasi dalam diri kita untuk mengamalkan ajaran Islām dan turut berjuang mempertahankan Islām.
[1] Peperangan Badar berlaku pada waktu pagi hari Jumaat, tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.
[2] Jumlah tentera Quraisy adalah sebanyak 1000 lebih orang. Mereka membawa 100 atau 200 ekor kuda dan 700 ekor unta.
[3] Jumlah tentera Islām pula sebanyak 300 lebih. Mereka hanya membawa 2 ekor kuda dan 70 ekor unta.
[4] Kebanyakan pembesar kafir Quraisy turut serta dalam peperangan ini.
[5] Abū Jahl tumpas dalam peperangan ini.
[6] 70 orang tentera Quraisy terkorban dan 70 orang tentera Quraisy ditawan dalam peperangan ini.
[7] 14 orang tentera Islām terkorban dalam peperangan ini.
[1] Atikah binti Abdul Muttalib bermimpi bahawa kaum kafir Quraisy akan ditimpa bala dalam masa tiga hari?
[2] Iblis menjelma dalam bentuk manusia untuk membantu kaum kafir Quraisy memerangi umat Islām dalam perang Badar?
[3] Nabi dan Abu Bakar terjumpa dengan seorang lelaki tua ketika melakukan operasi penyelidikan?
[4] Nabi menunjukkan lokasi tentera Quraisy akan dibunuh pada malam sebelum perang Badar?
[5] Semua tentera Islām tidur kecuali Nabi sahaja pada malam sebelum perang Badar?
[6] Ada sahabat yang memeluk Nabi dan mencium perut baginda sebelum mula perang Badar?
[7] Pangkal batang pokok yang diberikan Nabi kepada Ukkasyah bertukar menjadi sebilah pedang yang panjang dan sangat kental ketika berlangsung perang Badar?
[8] Abu Ubaydah bin al-Jarrah bertarung dengan ayah sendiri dalam perang Badar?
[9] Jibril datang sambil menunggang kuda untuk membantu tentera Islām dalam perang Badar?
[10] Ribuan para malaikat turun untuk membantu tentera umat Islām mengalahkan tentera Quraisy dalam perang Badar?
[11] Iblis cabut lari ketika nampak bantuan Allāh datang dalam perang Badar?
[12] Abu Jahal dibunuh oleh dua orang budak muda yang bekerja di ladang tamar dalam perang Badar?
[13] Bilal dapat membalas dendam kepada Umayyah bin Khalaf dalam perang Badar?
[14] Kepala firaun dipenggal oleh Ibnu Mas’ud selepas tamat perang Badar?
[15] Nabi bercakap dengan mayat-mayat kafir Quraisy tiga hari selepas tamat peperangan Badar?