light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/6
RM19.00
Spend RM50 to get free gifts

Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu Soft Cover Quran

Sold by Mobile Book Cafe
5(3)
13 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 20

Specifications

Customer reviews (3)

J**x
J**x
Item: Default
Thanks
Easy to remember
June 7, 2024
d**a
d**a
Item: Default
Good InshaAllah repeat
Product Review of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu Soft Cover Quran from d**a 0
April 13, 2024
?**
?**
Item: Lalai
Good book. Thanks seller
3w ago
Mobile Book Cafe
644 items
Shop performance
Better than 86% of other shops
Ships within 2 days
71%
Responds within 24 hours
100%

About this product

  • Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
  • Bilangan Muka Surat:158
  • Pengarang:Dr. Ibrahim Hashim,Prof. Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron et al.
  • ISBN/ISSN:978-967-481-186-0
  • Bahasa:Bahasa Melayu
  • Penerbit:pts
  • Jenis Edisi:Edisi Biasa
  • Kuantiti Setiap Pek:1
  • Versi:Lengkap

Product description

Tajuk: Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini ISBN: 978-967-481-186-0 Penerbit: Publishing House Penulis: DR.Ibrahim Hashim,Prof.Emeritus Dato'Dr.Isahak Haron et.al Tahun Terbitan:Cetakan Ketujuh,2020 Muka Surat: 158 Halaman: Hitam Putih Format: Softcover Berat (kg): 0.320 Dimensi (cm): 26cm x19.3cm x0.9cm
Tujuan buku ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja bagi memahami pengertian asas bacaan dalam solat.
Buku ini mengandungi terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu secara per-kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca.
Oleh itu, diharapkan ini dapat membantu kita semua untuk:
a) memahami serta menghayati apa yang dibaca b) menunaikan solat dengan lebih bermakna dan khusyuk c) belajar bahasa Arab berasaskan perkataan, ayat, surah dan doa dalam solat
Ini menjadi asas permulaan untuk belajar bahasa Arab dan memahami kandungan Al-Quran seterusnya.
Imam Al-Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud: “Dirikan solat untuk mengingati-Ku” (surah Ta Ha, ayat 14) serta hadith-hadith Rasulullah bagi menunjuk dan menghuraikan betapa perlunya ‘menghadirkan hati’ dan khusyuk semasa solat.
Untuk ini adalah penting pengamal solat memahami dan menghayati apa yang dibaca dalam solat.
 
90% Pelajar Tidak Faham Maksud Bacaan Dalam Solat
 
Kajian tinjauan di kalangan pelajar sebuah universiti dan beberapa sekolah menengah oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan rakan-rakan pensyarah di UPSI menunjukkan hampir 90% daripada pelajar tidak dapat memahami erti apa yang mereka baca dalam solat, termasuk surah Al-Fatihah. Untuk mengatasi kelemahan ini, kumpulan beberapa pensyarah di UPSI telah mengambil inisiatif menterjemahkan ayat, surah, dan doa yang dibaca dalam solat ke dalam bahasa Melayu.
Tujuannya adalah bagi memberi pengetahuan dan kefahaman asas apa yang dibaca dalam solat.
Terjemahan ini dibuat secara per-kata dan keseluruhan. Kandungan buku ini dibahagi kepada beberapa bab kecil, dan dalam setiap bab terdapat latihan-latihan mudah bagi memudahkan pelajar atau sesiapa belajar bacaan dalam solat, sama ada dengan panduan guru atau belajar sendiri.
 
 
Cara menggunakan buku ini:
 
Buku ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk membantunya memahami bacaan dalam solat. Guru boleh menggunanya untuk mengajar pelajar membaca dan memahami apa yang mereka baca.
Pelajar dan orang dewasa boleh menggunakan buku ini untuk belajar sendiri.
Ibu bapa boleh juga mengajar dan melatih anaknya membaca dan memahami apa yang mereka baca dalam solat.
Bacalah isi setiap bab dalam buku ini dan buatlah latihan-latihan di dalamnya. Latihan ini mudah sahaja.
Anda hendaklah mengetahui makna setiap perkataan, frasa, dan ayat, dan menguasai makna apa yang anda baca. Ulang beberapa kali sehingga anda betul-betul ingat dan memahaminya. Anda boleh bermula dengan mana-mana bab yang anda berminat.
Oleh kerana buku ini memberi terjemahan asas sahaja, mereka yang ingin mengetahui pengertian yang lebih mendalam setiap doa dan surah bolehlah membaca huraian mengenainya dalam kitab atau penulisan alim ulama dengan berguru daripada mereka yang arif dalam hal ini.
 
Fahami Bacaan Dalam Solatmu
 
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan.
Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalam pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Ia boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi ataupun sebagai panduan dalam kelas pengajian orang ramai.
 
Format: Paperback Saiz: 7.5 inci X 10.25 inci ISBN-13: 978-967-481-186-0 Tarikh Terbit: 20 Sep 2018 Jumlah Muka Surat: 186
 
 
ISI KANDUNGAN
 
Prakata
Kata Pengantar
Tujuan dan Kelebihan Solat
Bab 1 : Syahadah
Bab 2 : Berwuduk dan Niat Wuduk
Bab 3 : Azan dan Iqamat
Bab 4 : Niat Solat
Bab 5 : Doa Iftitah
Bab 6 : Surah Al-Fatihah
Bab 7 : Ayat Ayat Lazim
Latihan Tambahan Bab 1 hingga Bab 7
Bab 8 : Bacaan Semasa Rukuk, Iktidal dan Sujud
Bab 9 : Doa Duduk Antara Dua Sujud
Bab 10 : Bacaan Tahiyat Awal
Bab 11 : Bacaan Tahiyat Akhir
Bab 12 : Doa Qunut Dalam Solat Subuh
Bab 13 : Doa-Doa Selepas Solat
Latihan Tambahan Bab 8 hingga Bab 13
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu Soft Cover Quran 57
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu Soft Cover Quran 58

Videos for this product

Hapis | Kuat Baca Buku
Hapis | Kuat Baca Buku
Emily's
Emily's
Cocoavanilla
Cocoavanilla
Cik Kiah Karats
Cik Kiah Karats
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
Tuhan, Aku Ingin Hijrah by Adnin Roslan
4.9
58542sold
RM33.00
RM40.00
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok