Kisah ujian kehidupan yang ditempuh oleh seseorang dan bagaimana ujian itu dihadapi, boleh menjadi 'healing' (penawar) buat orang lain. Inilah yang akan dirasai apabila membaca buku ini.
Â
Malah sebahagian pembaca mungkin akan menemui kisah serupa dengan apa yang mereka pernah atau sedang hadapi. Setidak-tidaknya ia memberi inspirasi. Dalam cerita, ada ilmu yang pembaca dapat.
Â
Ada panduan dan motivasi daripada 40 kisah ujian yang pelbagai daripada 20 orang penulis dari bermacam-macam latar belakang ini - ahli perniagaan berjaya, jutawan, golongan profesional, pakar saham, guru, suri rumah sepenuh masa, al-hafiz, penulis, bekas banduan, dll.
Â
Perkongsian paling berharga adalah bagaimana mereka ini menghadapi ujian dan - dalam beberapa kisah - bagaimana ujian itu menjadi 'turning point' ke arah kehidupan yang lebih baik.
Â
Buku ini sebenarnya menghimpun 'success stories' (kisah-kisah kejayaan) dalam menempuh ujian hidup. Ia diceritakan sendiri oleh insan-insan yang kebanyakannya berjaya dalam bidang masing-masing. Apa yang ditekankan adalah kejayaan melepasi satu fasa getir dalam kehidupan yang Allah uji pada mereka.
Â
Dari satu kisah ke satu kisah, ia memaparkan didikan Allah dalam rentetan ujian yang menjadikan seseorang itu lebih baik dan lebih dekat dengan-Nya, daripada sebelum itu.