Product description
YASIN TAHLIL, DOA & AMALAN SEPANJANG JUMAAT
Hari jumaat adalah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang ditentukan buat umat Nabi Muhammad S.A.W. yang berdoa maka akan dikabulkan doanya.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari jumaat kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaanya.
Bersama-samalah kita menghayati kelebihan malam dan hari Jumaat dengan memperbanyakkan ibadah dan berdoa serta berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga buku kecil ini dapat membantu anda dalam memanfaatkan kelebihan hari jumaat, penghulu segala hari. Wallahua'lam.
Ilmu penyuluh menuju kehidupan Abadi Dakwah dan Tarbiah mendidik Mazmumah di hati. Pencetus Takwa menjadi Perhiasan orang-orang mukmin. Akhirat jua menikmati kebahagiaan.