Ayat-ayat Manzil dan Al-Ma'thurat, Munjiyat, Ayat-ayat Syifa' & Doa Pelindung Abu Darda' dan Doa-doa. Buku ini di susun dengan tulisan yang besar, buku bersaiz A5 Buku MANZIL ini merupakan himpunan daripada amalan masyarakat yang dikarang dan disusun oleh para ulama. Zikir, wirid dan doa ini baik untuk kita amalkan sebagaimana amalan orang soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Buku yang kecil ini dan mudah dibawa dan diamalkan. Namun, buku ini bukan sahaja bermanfaat untuk diri, tetapi elok juga dijadikan hadiah kepada sahabat handai dan saudara-mara. Selamat beramal. Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian.
Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:“Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.” Buku ini amat sesuai dijadikan hadiah kepada sahabat, guru, anak murid dan sebagainya selain dijadikan sebagai cenderahati majlis-majlis keraian.