Tqvm seller. Delivery laju.. suka mak saya dh dpt kitab nye
March 4, 2024
Pustaka Darussalam
548 items
Shop performance
Better than 92% of other shops
Ships within 2 days
95%
Responds within 24 hours
78%
About this product
Brandpustaka darussalam
Product description
Kitab ini, SAIRUS-SALIKIN (Perjalanan Orang Yang Salik Kepada Allah) telah diberi berkat oleh Allah Taala sehingga ia terus dibaca di pondok-pondok, di surau-surau dan di masjid-masjid sebagai teks bacaan orang ramai. Di samping telah terbukti pula kesan baik yang timbul pada setiap orang yang mentalaahnya dengan niat mencari ilmu yang bermanfaat. Ini semuanya menunjukkan kepada kita akan keikhlasan pengarangnya.
Melalui bacaan terhadap kitab ini, masyarakat awam di rantau Nusantara ini dapat memahami pemikiran Imam Al-Ghazali yang lalu. Mengikut Al-'Allamah Syekh Abdus-Shamad Al-Falimbani rahimahullahu Taala, bahawa apa yang terkandung di dalam kitab ini sudah memadai bagi memenuhi kewajiban menuntut ilmu yang fardhu 'ain atau ilmu yang bermanfaat yang diwajibkan menuntutnya ke atas keseluruhan umat Islam.
Oleh kerana itu, terdoronglah kami untuk menerbitkan semula kitab ini dalam edisi yang lebih menarik dan lebih mudah dibaca. Semoga kita semua beroleh berkat. Amin..