About this product
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Bilangan Muka Surat:203
- ISBN/ISSN:978-967-481-734-3
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Penerbit:PTS
- Jenis Edisi:Edisi Biasa
- Tahun:2021
Product description
Tajuk: Sun Tzu: Art of Business (2021 Edisi Bahasa Melayu)
Penerbit: PTS Publishing House
Dimensi: 22.6 cm x 15.1 cm x 1.1 cm
Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.
Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.
Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing.
Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.
Bahagian 2 : Mengurus Pekerja
Bahagian 3 : Strategi Untuk Bakat Dalam Syarikat
Bahagian 4 : Seni Merangka Strategi
Bahagian 5 : Strategi Kompetitif Syarikat
Bahagian 6 : Strategi Kompetitif Dalam Bisnes
Bahagian 7 : Analisis Pasaran dan Maklumat
Bahagian 8 : Analisis Pasaran dan Maklumat
Bahagian 9 : Seni Menjalin Perhubungan Bisnes dan Rundingan
Bahagian 10 : Membina Budaya Korporat
Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia.
Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup.
Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.
Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu.
Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan.
Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.
Wang Xuanming adalah seorang kartunis kontemporari di China. Beliau dilahirkan pada tahun 1950 di Beijing. Latihan formal beliau adalah dalam seni komersil dan industri. Sejak 1972, beliau telah berkecimpung dalam pelbagai aspek penghasilan seni.
Beliau sentiasa meneroka pelbagai cara untuk menyalurkan bakat seninya. Selain komik, buku bergambar dan ilustrasi, beliau juga juga menghasilkan lukisan cat minyak serta poster. Karya-karya beliau telah memenarngi beberapa anugerah dan telah mendapat tempat dalam album-album seni.
Karya Wang telah disiarkan secara bersiri dalam semua akhbar dan penerbitan utama di Beijing sejak 1980. Komiknya yang bertajuk Different Gravitational Forice dipuji oleh artis-artis terkenal China. Pada tahun 1987, beliau terlibat dalam pembikinan animasi Brother Elephant yang menawan hati ramai kanak-kanak apabila tersiar di kaca televisyen.
Bagi Siri Strategi dan Kepimpinan, beliau menggunakan bentuk seni yang ringkas dan lucu untuk memperkenalkan karya klasik kententeraan China kuno kepada pembaca moden. Buku-buku tersebut diterima dengan baik semasa mula diterbitkan di China dan Stesen Radio Beijing mengulas serta mencadangkan siri tersebut kepada orang ramai.