About this product
Jenis Halaman KulitKulit Keras
Bilangan Muka Surat328
EditorBadrul Aini Sha’ari
PenterjemahMohamad Hilmi Marjunit,Zahid M. Naser
Pengarangal-Ghazali
ISBN/ISSN9789670037288
BahasaBahasa Melayu
PenerbitIBDE Ilham
Jenis EdisiEdisi Biasa
Tahun2023
Kuantiti setiap Pek1
VersiLengkap
Product description
Menghidupkan Ilmu Agama (Ihya' Ulumuddin)- Jilid 1 - Kitab Ilmu - Kulit keras
Pengarang: Imam Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Terjemahan: Mohamad Hilmi Marjunit, Zahid M. Naser
Penyunting: Badrul Aini Sha’ari
JILID 1: KITAB ILMU Kitab Ilmu daripada Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn (Menghidupkan Ilmu Agama) ini dikarang untuk menjernihkan semula kefahaman umat Islam tentang konsep ilmu. Imam al-Ghazālī menyedari berlakunya penyelewengan terhadap konsep ilmu oleh segelintir pihak yang termakan hasutan dunia. Penjelasan yang dibentangkan oleh beliau adalah hasil pengalaman rohaniah yang dicapai selepas melakukan pemerhatian terhadap golongan pelaku bidaah dan penurut hawa nafsu.
Ihyaʾ ʿUlum ad-Din merupakan karya Imam al-Ghazali yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Buat pertama kali, kitab Ihya' Ulumuddin diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan diterbitkan dalam 20 jilid.