Buku Haid Pertamaku | SAYA SUDAH BALIGH | Nota Merah Saya Buku Wanita
Sold by akucintabuku
5(2)
22 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by Apr 18 - Apr 21
Specifications
Customer reviews (2)
Z**r
Item: Haid Pertamaku
Belikan utk anak darjah 2 sb nt tahun 3 diorg dah start belajar ttg ni.. So saya beri pendedahan awal supaya tak terkejut. Anak seronok baca sb banyak benda yg dia nk tanya saya tp saya x dpt fully explain. This book help so much
September 26, 2024
m**n
Item: Haid Pertamaku
dah terima, belum baca lagi
November 13, 2024
akucintabuku
346 items
Shop performance
Better than 76% of other shops
Responds within 24 hours
100%
About this product
Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
Product description
1) Tajuk: Haid Pertamaku
ISBN: 9789673887507
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Penulis: Nur Khairunnisa Iskandar
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 128
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.170 kg
Dimensi (cm): 21 cm x 14 cm x 1 cm
~SINOPSIS~
Haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh golongan wanita berkait dengan kesihatan dan kesuburan tubuh badannya. Dari awal kehadirannya dalam diri seseorang perempuan, haid merupakan titik mula seorang kanak-kanak perempuan menginjak dewasa. Dari situ, dia mengenali batasnya, tanggungjawabnya dan disiplin dirinya. Dari situ juga dia mengenali dosa dan pahala.
Kelebihan
Mengajarkan step by step bagi kanak-kanak perempuan yang baru sahaja didatangi haid pada peringkat umur 9 tahun ke atas.
Perkongsian dikupas dengan santai, juga pada masa yang sama ia mudah difahami.
Mencakupi pelbagai pengisian seperti aspek latar belakang, ibadah, kebersihan, penjagaan diri dan sebagainya.
Berkongsi tip dan panduan sebagai bekalan dalam menghadapi situasi-situasi tertentu melibatkan haid.
2) Tajuk: Saya Sudah Baligh
ISBN: 9789673887729
Penerbit: Telaga Biru
Penulis: Nur Khairunnisa Iskandar
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 160
Halaman: berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.210kg
Dimensi (cm):14cm x 21cm x 1cm
~SINOPSIS~
SAYA SUDAH BALIGH memaparkan perkongsian penulis tentang persediaan adik-adik untuk menghadapi alam baligh secara peringkat demi peringkat, baik untuk si anak dara mahupun si anak bujang. Pelbagai fasa kehidupan yang kian mencabar dewasa ini menuntut anak-anak zaman ini supaya membekalkan diri dengan pengetahuan yang mencukupi. Dengan demikian, diharapkan mereka tidak terkandas dalam menyesuaikan diri. Buku ini bukan sahaja mendedahkan cara mendepani fasa baligh, malah mengajarkan batas pergaulan buat mereka agar lebih bijak menjaga diri.
Kelebihan
Mengupas topik baligh dengan bahasa yang cukup mudah untuk di fahami.
Menghidangkan perbincangan yang bersifat umum serta sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan juga perempuan.
Kupasnya tidak terhad kepada tanda baligh semata-mata, bahkan ia turut melibatkan aspek-aspek seperti kesihatan, kebersihan dan kebertanggungjawaban sebagai persediaan usia baligh.
3) Tajuk: Nota Merah Saya
ISBN: 9789678610544
Penerbit: Karya Bestari
Penulis: Husbah Haris
Tahun Terbitan: 2024
Halaman: Berwarna
Format: Paperback
Berat (kg): 0.500kg
️~SINOPSIS~️
Perbahasan mengenai darah haid bukanlah perkara mudah untuk difahami. Ini kerana, terlalu kebanyakan kupasan berkaitan dengannya yang menggunakan bahasa dan istilah fiqah yang agak berat untuk difahami oleh kebanyakan wanita, khususnya remaja.
Maka, naskhah berkonsepkan nota ringkas yang juga disertai ilustrasi menarik dan berwarna ini, diharapkan dapat membantu pembaca memahami isu yang dikupas dengan lebih baik.
Naskhah ini juga turut membincangkan beberapa topik penting lain, seperti darah istihadah, darah nifas, keputihan, air mani, air wadi dan doa-doa dan zikir yang boleh diamalkan ketika haid.