Tafsir Tok Guru Nik Aziz: Surah Al-Fatihah (SOFTCOVER) biodata nabi muhammad
Sold by Bookstore l Tafsir Tok Guru
5(2)
59 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by May 16 - May 19
Specifications
Customer reviews (2)
Z**h B**n
Item: Default
Syukur Alhamdulillah buku saya telah sampai dengan selamat dan berada dalam keadaan baik.. Terima kasih banyak kepada seller dan courier
December 24, 2024
c**d
Item: Default
Good
June 27, 2024
Bookstore l Tafsir Tok Guru
18 items
About this product
BrandTafsir Tok Guru
Product description
NAMA SURAH AL-FATIHAH
Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu. Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.
Surah al-Fatihah adalah rangkuman keseluruhan kandungan Al-Quran.
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah al-Fatihah membawa kita memahami kerangka pemikiran al-Marhum Tuan Guru terhadap ayat-ayat suci Al-Quran dalam seluruh urusan hidup di dunia dan di Akhirat.
Tafsir ini membawa kita mengembara untuk memahami samudera kalimah-kalimah suci al-Quran di dalam surah Al-Fatihah. Menyelami makna hikmah terselindung di sebalik mutiara emas kalam llahi.
Daripada alunan bicara kuliah tafsir al-Marhum Tuan Guru, lautan ilmu beliau yang dalam, dapat kita selami bersama bagi setiap arus makna huruf dan kalimah AI-Quran supaya meresap ke dalam ketenangan hati manusia.
Pelayaran di lautan tafsir ini baru sahaja ditarik sauhnya dan dibentangkan layarnya. Bersama tiupan angin yang deras, kita akan merentasi gelora kalimah al-Quran yang mulia.
Tafsir ini akan terus meluncur laju di dalam fikiran, apabila dibaca dengan kejernihan jiwa dan ketenangan hati untuk mendekatkan diri kepada Pencipta yang Agung.
Melalui kepetahan kata-kata, ilmu dan pengalaman yang padat al-Marhum Tuan Guru, kita akan mampu menerobos masuk ke dalam pati rahsia Surah Al-Fatihah, surah yang pertama.