Product description
Merangkumi tadabbur ayat terhadap lima buah surah iaitu Surah Al-Ankabut, Al-Ahzab, Luqman, Sajdah dan Al-Rum.
Setiap surah membincangkan pelbagai kisah menarik yang merangkumi pelbagai aspek. Antaranya adalah mengenai wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya dan hikmah di sebaliknya. Juga mengenai kekalahan Rom dan kemudian selepas beberapa tahun, negara tersebut kembali bangkit dengan kemenangan.
Antara perbincangan lain adalah mengenai kekuasaan Tuhan yang dapat dilihat sama ada melalui penciptaan manusia, penciptaan langit dan bumi, peredaran matahari dan bulan serta fenomena alam.