"Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keper luan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat. Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah me nyatakan bahawa ""al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak"". (Yusof Qaradhawi, 2010) menegaskan antara manfaat membaca dan menghafal al-Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya. Kaedah Mudah Belajar al-Quran ""IQRA"" merupakan kaedah yang mudah bagi kanak-kanak di peringkat awal untuk mengenal huruf dan mempelajari hukum-hukum tajwid berdasarkan kaedah BAGHDADIYAH yang sedia ada dan berpandukan penulisan RASM UTHMANI. Dengan rasa penuh syukur kami terbitkan buku ini. Moga dapat membantu anak-anak lancar dalam mempelajari al-Quran."