Merakamkan pengembaraan intelektual dan nilai yang diterokai Dr. Razif Fuad selama 21 hari di Amerika Syarikat demi misi memahami isu hak asasi, budaya dan kehidupan masyarakat Amerika dari dekat. Disampaikan dalam gaya penulisan yang santai, jujur dan menyentuh, buku ini menggabungkan ilmu, nilai serta rasa. la bukan sahaja menghidupkan naratif yang jarang ditulis oleh seorang Muslim Timur tentang Amerika, tetapi turut menjadi pencetus semangat buat anak muda - untuk berani menjelajah dunia, tanpa pernah kehilangan jati diri Muslim yang utuh.