Kamus Melayu-Turki ini mengandungi lebih kurang 6000 jumlah perkataan secara keseluruhannya. Bagi bahasa Melayu-bahasa Turki mengandungi 3500 perkataan manakala bahasa Turki-bahasa Melayu mengandungi 2500 perkataan. Penyusunan kamus ini menggunakan kaedah formal dan informal iaitu kaedah formal merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Türk Dil Kurumu Sözlüğü-Kamus Institut Bahasa Turki manakala kaedah informal merujuk kepada penutur asli bahasa Melayu dan bahasa Turki.