About this product
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Pengarang:Ahmad Isa
- Bilangan Muka Surat:300
- ISBN/ISSN:9789672858-126
- Penerbit:Karangkraf
- Tahun:2023
Product description
Tajuk: Ustazah Basikal : Kembara Mustahil Ke Mekah (Jilid 1) , Dua Malaikat Penjaga Gunung (Jilid 2) , Tekanan Negara Bersalji (Jilid 3)
ISBN: 9789672858-126 Penerbit: Karangkraf Penulis: Ahmad Isa
Tahun Terbitan: 2023 Muka Surat: 304 Halaman: Hitam Putih Format: Soft Cover Berat (kg):0.355 Dimensi (cm): 21.6cm x 14cm x 2.3cm
Kembara Mustahil Ke Mekah (Jilid 1)
Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.
Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.
Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.
Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.
Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
Dua Malaikat Penjaga Gunung (Jilid 2)
hmad dan Adilah menyambung kayuhan ke tiga buah negara lagi iaitu India, Nepal dan Pakistan setelah melepasi Malaysia, Thailand dan Myanmar sebelum ini.
Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya berikutan sifat warganya yang sentiasa ingin tahu hingga mengakibatkan Ahmad yang introvert menjadi rimas. Berbeza pula dengan Adilah yang ekstrovert dan sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, itu sama sekali tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dengan cemerlang!
Tekanan Negara Bersalji (Jilid 3)
Perancangan untuk memasuki negara bersalji mengujakan Ahmad dan Adilah. Lagipun, ini kali pertama Adilah berbasikal dalam cuaca dan keadaan begitu. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran baharu di sepanjang perjalanan.Di China, mereka merentasi sempadan tertinggi di dunia, Khunjerab Pass dan terpaksa melalui pemeriksaan imigresen dan kastam selama 14 jam dalam kesejukan dan kelaparan.
Di Kyrgyzstan pula, hajat mereka mahu merentasi gunung bersalji dengan basikal telah dihalang oleh penduduk tempatan kerana kemungkinan untuk mati sangat tinggi!
Di Kazakhstan, Adilah dan Ahmad terpaksa tidur di kawasan bersalji, rumah terbiar dan rumah orang tempatan. Syukur, ramai manusia baik datang menghulurkan bantuan pada saat mereka sangat memerlukan.