Product description
Baja tahi ayam proses ini mengandungi bahan yang tinggi dengan nutrien organik dan membantu meningkatkan dan menyuburkan tanah dan menghalang dari keasidan tanah. Baja ini merupakan perapi tanah dan sebagai pemegang air dalam tanah yang sangat baik sesuai untuk digunakan pada semua jenis tanaman seperti tanaman sayuran, orkid dan pokok buah-buahan. Penggunaan baja tahi ayam proses secara berkala dapat meningkatkan aktiviti mikro-organisma, tekstur tanah dan kualiti tanah untuk perkembangan pokok dengan lebih baik.
Cara aplikasi pada tanaman:
Gunakan panduan di bawah bagi menentukan kadar yang diperlukan bagi setiap aplikasi. Taburkan sedikit jauh dari pangkat pokok. Siram dengan air selepas membaja.
● Tanaman dalam pasu kecil: 1-2 sudu kecil
● Tanaman dalam pasu besar: 1-2 sudu besar
Tanaman sayuran: 250-300g/m²
Pokok buah-buahan: 3-7kg/pokok
Anak pokok kelapa sawit/getah: 50g/polybag
Pokok getah: 0.5-1.0kg/pokok
Kelapa sawit: 3-5kg/pokok