Rawatan adalah dalam kadar 1 pil pada tiap-tiap satu pokok, diletakkan pada pucuk pokok. Buahnya boleh dipungut 5-6 bulan selepas rawatan.
Saiz buah:
Saiz buah nanas pada penghabisan dapat diperbesarkan lagi dengan merawat pokoknya dengan 1 pil selepas pembungaan atau selepas berbuah. Rawatan ini akan menguatkan tangkai pokok dan mengurangkan kesan melecur akibat panas matahari dan luka.