TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/1
RM31.50
RM35.00-10%

Novel MRS IMPULSIVE - Asha Lim [Cinta/Romantik]

Sold by KedaibukuDN
5(2)
8 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 23 - Apr 25

Customer reviews (2)

𝓐**𝓪
𝓐**𝓪
Item: Lalai
Sampai dalam keadaan selamat
January 27, 2025
s**i
s**i
Item: Lalai
Terbaik
December 12, 2024
KedaibukuDN
49 items
Shop performance
Better than 90% of other shops
Ships within 2 days
93%
Responds within 24 hours
100%

Product description

M/s: 520
Dalam setiap pilihan impulsif,
ada cerita yang menanti untuk diceritakan.
“The thought of me getting married scares me.”
Hani sentiasa berhati-hati dengan hubungan percintaan. Masa lalunya yang dipenuhi dengan hubungan yang gagal dan keluarga yang berpecah-belah menjadikan idea perkahwinan kelihatan seperti perjudian yang berbahaya.
Bertunang dengan lelaki yang tidak kenal erti setia membuatkan hatinya bertambah sakit, lebih-lebih lagi apabila Hani tahu tunangnya berselingkuh di belakangnya. Hani tekad untuk putuskan pertunangan walaupun ia merisikokan hubungannya dengan Datuk Haslina. Namun, untuk memutuskan sebuah pertunangan atas dasar perniagaan bukanlah mudah. Dia perlukan strategi!
Dalam Hani merancang untuk memutuskan pertunangannya, dunianya berubah secara mendadak apabila bertemu dengan Ris, seorang lelaki bertatu yang mempunyai aura magnetik, secara kebetulan.
“Are you sure that you are okay?” - Ris
“Ingatkan nak tanya soalan mencabar.” - Hani
“Soalan saya tu dah cukup mencabar. Sebab kadang-kadang, ada manusia yang suka sorok perasaan sendiri.” - Ris
Walaupun mereka saling kekok antara satu sama lain pada awalnya, persahabatan yang tidak disangka mereka mula terjalin. Namun, apabila Ris meluahkan cintanya dan melamar, Hani dihimpit ketakutan dan melarikan diri. Tidak pasti sama ada dia boleh mempercayai perasaannya sendiri.
Sementara Hani bergelut dengan perasaan sendiri, hubungan dengan ibunya pula semakin keruh. Lalu, muncul bayangan masa lalunya yang mendorong Hani untuk bertindak secara impulsif dalam melindungi seseorang yang dia sayang.
“Macam mana kalau perkahwinan saya pun gagal?” - Hani
“Tanggungjawab saya untuk menjaga awak, berikan awak keselesaan dan kebahagiaan.” - Ris
Dapatkah cinta dan keyakinan Ris yang teguh terhadap masa depan mereka membantu Hani mengatasi parut masa lalunya? Atau adakah konflik yang tidak diselesaikan akan memisahkan mereka sebelum Hani mempunyai peluang untuk sembuh?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
❗️Novel yang sudah dibayar sebelum jam 11 pagi, akan dipos pada hari penghantaran yang tertera. Sekiranya lebih dari Jam 11 pagi, novel akan dipos kemudian hari. ❗️
🍀Sekiranya ada masalah kerosakan novel dan lain-lain, sila mesej kami terlebih dahulu dan kami akan jawab mesej anda pada waktu bekerja. Sekian. 🍀
-----------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH MEMBELI DENGAN KAMI! 😊🍀

Videos for this product

Zalizawati Hamid
Zalizawati Hamid
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok