Product description
Romeo dan Aladdin juga tidak dapat mengalahkan kesungguhan seorang Tengku Adam...
Rasa sakit hati yang masih bersarang dalam hati dan dek desakan demi desakan daripada si ibu, Sofea mula mengatur strategi. Dia mendekati Tengku Adam, seorang jejaka yang berpengaruh. Dengan bantuan daripada sebuah agensi jodoh, pelbagai rancangan diatur untuk menarik perhatian Tengku Adam.
“Ni bukan kali pertama kita jumpa. Kafe, padang polo dan sekarang galeri. Ni ke yang orang panggil jodoh?” - Tengku Adam
Pertemuan yang dicipta oleh Sofea menyebabkan hubungannya dengan Tengku Adam semakin rapat.
“Sebab tu I cakap, kita saling melengkapi. You tak tahu, I boleh ajar.” - Tengku Adam
“You sarapan gula ke tadi?” - Sofea
Apabila semuanya berjalan seperti yang dimahukan, Sofea menarik nafas lega. Bekas teman lelaki dan ibunya sudah berhenti bertanyakan soal jodoh. Oleh kerana tidak mahu terjatuh hati dengan layanan VIP daripada Tengku Adam, Sofea buka langkah untuk tinggalkan Tengku Adam. Tapi, lain pula yang berlaku.
Permainan Sofea rupanya sudah lama dihidup Tengku Adam!
“Kalau you nak saman I, teruskan. Tapi, I tak ada masa nak teruskan game ni. I bosan.” - Sofea
“Tak seronoklah macam ni. Macam mana dengan keluarga you? Dia orang tahu tak you dah habis berpuluh ribu untuk I?” - Tengku Adam
“Jangan libatkan keluarga I!” - Sofea
“I’ll grant your wish. Let’s get married, Arin Sofea.” - Tengku Adam
Pelan yang disangkakan begitu sempurna, mula tunggang-langgang. Kehidupan Sofea yang aman, kini jadi huru-hara disebabkan satu insiden dan akhirnya, mereka pun bergelar suami isteri.
Dibuat setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT.
Pengeposan pada jam 11 pagi.
-West & East : POSLAJU [ 1-3 hari bagi SM] / [ 1-2 minggu bagi SS].
❗️Novel yang sudah dibayar sebelum jam 11 pagi, akan dipos pada hari penghantaran yang tertera. Sekiranya lebih dari Jam 11 pagi, novel akan dipos kemudian hari. ❗️
🍀Sekiranya ada masalah kerosakan novel dan lain-lain, sila mesej kami terlebih dahulu dan kami akan jawab mesej anda pada waktu bekerja. Sekian. 🍀
-------------------------------------
TERIMA KASIH MEMBELI DENGAN KAMI! 😊🍀