Product description
Mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita yang bernama Maya dan hidupnya sering dirudung pilu. Kematian ibu di usia kanak-kanak. Dibesarkan oleh bapanya yang bernama Daud.
Daripada kesusahan hidup yang dilalui, Maya berjaya bangkit mengubah nasib diri sendiri dan juga ayahnya. Berkat kesabaran dan ketabahan, dia berjaya menubuhkan taska yang diberi nama Taska Gemilang.
Segalanya berubah apabila dia mula berkawan dengan bapa saudara kepada salah seorang anak asuhannya. Syakir Aliy. Perkenalan singkat yang pada awalnya sangat menjengkelkan Maya, berubah kepada bibit-bibit cinta. Siapa sangka lelaki berwajah serius itu berjaya membuka sekeping hati milik Maya untuk menerima kehadiran seorang lelaki di dalam hidupnya.
Pertama kali melihat Maya di taska, sudah menggentarkan hati Syakir Aliy. Tanpa bertangguh, dia terus memikat Maya. Walaupun berbeza usia, itu tidak menjadi masalah yang besar bagi Syakir Aliy.
Namun, berbeza pula dengan Maya. Walau hatinya sudah mula membenihkan rasa cinta pada Syakir Aliy, dia tetap menafikan. Perbezaan usianya dengan Syakir Aliy sering kali menjadi sebutan. Jiwanya mahukan Syakir Aliy. Dalam masa yang sama, dia masih merasa takut. Kenangan silam masih menghantui Maya. Kegagalan dalam bercinta membuatkannya serik untuk bercinta.
Sekeras mana pun hati cuba menafi, ianya tidak terzahir kerana pada hakikatnya, mereka saling menyintai. Percintaan mereka sering diuji. Meskipun tiada tentangan daripada keluarga Maya mahupun Syakir Aliy, hubungan mereka dicemburui orang sekeliling.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat dua jenis novel : Berbalut & Tidak berbalut. (Sealed/Unsealed)
- Sekiranya novel anda berbalut dengan plastik, novel tersebut sudah diperiksa isi kandungannya sebelum dibalut dengan " bubble wrap" dan bagi mengelakkan sebarang kotoran dan basah.
Dibuat setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT.
Pengeposan pada jam 11 pagi.
-West & East : POSLAJU [ 1-3 hari bagi SM] / [ 1-2 minggu bagi SS].
โ๏ธNovel yang sudah dibayar sebelum jam 11 pagi, akan dipos pada hari penghantaran yang tertera. Sekiranya lebih dari Jam 11 pagi, novel akan dipos kemudian hari. โ๏ธ
๐Sekiranya ada masalah kerosakan novel dan lain-lain, sila mesej kami terlebih dahulu dan kami akan jawab mesej anda pada waktu bekerja. Sekian. ๐
-------------------------------------
TERIMA KASIH MEMBELI DENGAN KAMI! ๐๐