Product description
Pembaharuan Salahuddin Al-Ayyubi - Kulit Lembut
Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Salahuddin Al-Ayyubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita menerangi kegelapan. Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir-bibir musuh Islam. Malamnya dihiasi dengan munajat, manakala siangnya bagaikan singa di medan perjuangan. Kejayaan merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaannya menundukkan musuh yang kejam.
Salahuddin merupakan tokoh reformasi yang mengajar kita betapa perjuangan dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak membuahkan hasil. Sebaliknya perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehi kejayaan yang gemilang. Pembaharuan pemikiran dan perjuangan yang digerakkannya merupakan sumber inspirasi bagi umat Islam dalam membina jatidiri demi mencapai kemenangan.
Semoga buku ini memberi nafas perjuangan terhadap diri dan semangat umat Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, insya Allah.