Memimpin umat Islam sejurus selepas kewafatan Nabi SAW merupakan cabaran maha berat buat Saidina Abu Bakr. Pertelingkahan dalaman antara Muhajirin dan Ansar, pemberontakan dalam masyarakat, isu nabi palsu, keselamatan sempadan, pembukaan wilayah baru dalam kawasan jajahan Rom dan Parsi, pengumpulan Quran, dan pelbagai isu pemerintahan diceritakan dan dikupas dengan sangat jelas oleh Hussein Haikal, pengarang hebat dari Mesir yang pernah memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pendidikan negara itu.