BAJA EZIGROW FOLIAR FERTILIZER ORGANIK
Sesuai Sebagai:
- Baja Pokok Buah
- Baja Pokok Bunga
- Baja Pokok Berdaun
- Baja Kelapa Sawit
- Baja Padi
Packaging - 4 Liter dan 1 Liter
Baja foliar yang diformulasikan khas yang mengandungi nutrien tumbuhan yang lengkap & seimbang dan pengatur pertumbuhan tanaman. Digunakan untuk tanaman tropika untuk meningkatkan kadar pertumbuhan, hasil dan kualiti tanaman berbuah.
Hai-O Ezigrow adalah baja untuk tumbuhan berdaun yang dirumus khas untuk tanaman tropika bagi meningkatkan kualiti hasil tanaman serta menambahkan hasil tuaian. Ia mengandungi nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang seperti mineral, asid humik, asid amino dan pengawalselia tumbesaran tumbuhan (PGR).
Kelebihan Ezigrow:
- Membantu meningkatkan kadar tumbesaran tanaman, masa berbuah dan penuaian hasil tanaman
- Sesuai untuk hampir semua jenis tanaman seperti padi, tanaman jangka pangjang, pokok bunga, pokok berbuah dan sayur-sayuran ketika tanaman sedang berbunga dan berbuah
- Mesra alam dan mudah terurai
- Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.
Q&A Ezigrow:
1. Bolehkah baja Ezigrow digunakan untuk rumput karpet?
Boleh. Untuk rumput karpet, nisbah campuran adalah 90ml Ezigrow + 18L air, disembur sebulan sekali.
2. Apakah cara terbaik atau betul untuk penyemburan bagi pokok yang tak pernah berbuah?
Cantas pucuk sekadar termampu, tunggu 2 atau 3 hari sebelum disembur Ezigrow. Tunggu sehingga awal bunga untuk semburan kedua, dan sehingga awal putik, buat semburan ke 3. Lepas pokok mula berbuah matang baru disembur sekali lagi. Jangan lupa tabur baja NPK atau baja buah di kawasan kanopi pokok.
3. Bagi pokok yang tinggi, bahagian manakah yang paling sesuai disiram baja Ezigrow?
Kalau pokok tinggi, sembur pada paras paling tinggi yang boleh dicapai.
4. Perlukan disembur Ezigrow pada pokok bunga yang sangat kecil atau perlu tunggu bersaiz besar sedikit?
Tak perlu tunggu pokok bunga besar, boleh sembur 2 minggu sekali, dengan campuran 90ml Ezigrow + 18L air awal pagi atau lewat petang.
5. Kebiasaannya, berapakah nisbah campuran bagi rendaman benih?
Untuk rendaman benih, 50ml Ezigrow + 18L air rendam 12 jam.
6. Saya ada melihat testimoni di mana pokok bunga ros yang disiram Ezigrow mati. Adakah ianya disebabkan oleh terlebih dos ezigrow atau nisbah campuran yang salah, atau disebabkan faktor lain?
Bunga ros perlu air yang banyak. Lepas sembur Ezigrow, pastikan air pada tanah dalam pasu melimpah, bunga ros agak sensitif pada klorin. Sekiranya kandungan klorin tinggi, tadah air biarkan semalaman sebelum siram pada pokok.
7. Untuk pokok yang mandul, boleh terangkan mengenai paku di sekeliling itu tak? Atau perlukah paku itu dicabut semula?
Gunakan paku lebih kurang panjangnya 1 ½ inci pada paku pada paras yang sama sekitar 5-6 kaki dari pangkal dengan jrak sekitar 2 inci antara satu sama lain, paku sampai habis tak perlu cabut.