light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/4
RM65.00

Perang Dunia Kedua - A.J.P. Taylor

Sold by ILHAM Books
5(1)
1 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 21

Customer reviews (1)

A**r ** T**🪴
A**r ** T**🪴
Item: Default
Buku dalam keadaan baru. Seller membuat postage dengan pantas selepas pembelian👍🏽
May 5, 2024
ILHAM Books
137 items

Product description

Perang Dunia Kedua 
Origin: Second World War: An Illustrated History Author: A.J.P. Taylor  Translator: Abdullah Hussaini Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan ISBN: 9789670037059 Weight:  Pages: 352 Year: 2022 Price: RM65
Bilakah Perang Dunia Kedua bermula? Ramai sejarawan yang cenderung menganggap Eropah sebagai pusat dunia menyarankan 1 September 1939 sebagai tanggalnya. Ia berlangsung di tiga perairan (Mediteranean, Atlantik dan Pasifik) dan di empat kempen darat utama (Rusia, Afrika Utara dan Mediteranean, barat Eropah dan Timur Jauh). Setiap peperangan ini mempunyai bentuk berbeza dan para sejarawan sentiasa menanggapinya dari sudut pandang tersendiri. Berbeza dengan Perang Dunia Pertama, bahang Perang Dunia Kedua turut melarat sehingga ke Tanah Melayu melalui gerbang Asia Tenggara di Singapura. Buku yang dikarang oleh A.J.P. Taylor selama lebih tiga dekad ini menyediakan maklumat bermanfaat bagi memahami punca dan keberlangsungan perang yang pendek tapi memakan nyawa kira-kira 17 juta manusia ini.
A. J. P. TAYLOR ialah sejarawan Britain yang sangat masyhur dan berwibawa. Dia menulis sejumlah karya ilmiah penting berkenaan sejarah Britain serta perhubungan negara dan kebanyakan bukunya terjual laris. Dia sangat diminati ramai kerana syarahan-syarahannya yang bersahaja di kaca televisyen. Alan John Percivale Taylor dilahirkan di Lancashire pada tahun 1906. Dia mendapat pendidikan di Bootham School, York sebelum meraih biasiswa untuk menyambung pengajian Sejarah di Oriel College, Oxford selanjutnya menggenggam ijazah kelas pertama. Kemudian dia menjadi pensyarah Sejarah Moden di Universiti Manchester dari 1930 hingga 1938 dan setelah itu menjadi Felo di Kolej Magdalen, Oxford sehingga tahun 1976. Seterusnya dia diangkat sebagai Felo Kehormat Magdalen dan dikurniakan gelaran doktor kehormat daripada beberapa buah universiti antaranya Universiti Bristol, Universiti Warwick dan Universiti Manchester. 
Antara karya-karyanya: The Course of Jerman History, The Last of Old Europe, How Wars Begin,How Wars End, The Trouble Makers, Beaverbrook: Essays in English History, Europe: Grandeur and Decline, From Napoleon to the Second International dan autobiografi yang berjudul A Personal History. Karya-karya pentingnya masih lagi dicetak oleh Penguin Books antaranya Perang Dunia Kedua, Bismarck: The Man and the Statesman, The Origin of the Second World War, The First World War, The Second World War: An Illustrated History, The Habsburg Monarchy 1809–1918, The War Lords, From the Boer War to the Cold War dan British Prime Ministers and Other Essays. A. J. P. Taylor meninggal dunia pada bulan September 1990. 
Saat belasungkawanya, The Times memberi penghormatan kepadanya sebagai: “Barangkali sejarawan paling mengundang kontroversi dan terkenal dalam dunia berbahasa Inggeris. Pada detik kemuncaknya, A. J. P. Taylor begitu menarik dan selalunya memukau pengikut jauh lebih ramai daripada apa yang mampu diimpi sejarawan terkemuka Inggeris seperti Macauly. Seorang pengarang berbilang karya dan hebat, wartawan berbakat bahkan juga bintang televisyen—dia berusaha mengubah pemahaman sejarah pada zamannya.” 
Sebelum ini, Inisiatif Buku Darul Ehsan telah menterjemahkan The First World War: An Illustrated History (1963) dengan judul Perang Dunia Pertama (IBDE, 2021), terjemahan oleh Abdullah Hussaini. The Second World War: An Illustrated History ini merupakan buku keduanya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok