Selamat datang ke TikTok Shop peladang.
Kami menjual barang-barang keperluan untuk berkebun.
NPK GREEN BAJA SUBUR
Baja ini adalah untuk kegunaan tumbesaran pokok dan ianya sesuai digunakan untuk membaja anak pokok yang sedang membesar dan juga sayur-sayuran.
Nitrogen adalah unsur yang sangat penting untuk tumbesaran pokok. Ia diperlukan untuk pembentukan bahagian-bahagian pokok seperti daun, batang dan akar. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan warna hijau daun terutama sayur-sayuran.
Phospor diperlukan untuk pembentukan akar pokok terutama anak benih yang baru ditanam. Phospor tunggal biasanya digunakan sebagai baja lubang iaitu baja yang ditaburkan ke dalam lubang sebelum penanaman anak benih. Bagi pokok dewasa phospor diperlukan untuk pembentukan bunga dan buah dan pembentukan klorofil pada daun.
Kalium berfungsi sebagai perintang dan daya tahan terhadap penyakit. Ia juga diperlukan untuk perkembangan akar pokok dan pembentukan buah yang berkualiti dari segi rasa, warna dan saiz.