About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangUstazah Isfadiah Mohd Dasuki
PenerbitPTS
ISBN/ISSN978-967-481-187-7
Bilangan Muka Surat192
Kuantiti Setiap Pek1
Product description
Keistimewaan Buku Ini:
- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi yang dicetak berwarna warni ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip pendekatan pendidikan anak-anak. Manakala dalam bab yang kedua pula bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi. Bahagian ketiga pula adalah bonus, bagaimana mengurus anak bermain gajet.
Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.
Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca.
Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet. Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’t’s’ serta banyak lagi.
Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s.
Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan.
Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.
Penulis buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama dan juga keibubapaan. Beliau yang dikenali sebagai Ustazah Isfadiah adalah graduan UIAM, merupakan mantan pensyarah di UIAM. Sekarang ini penulis aktif mengendalikan seminar dan program keibubapaan.
Kata Pengantar
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak
Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak
Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman
Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan
Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz
Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan
Bab 17: Berzikir Bersama Anak dan Seluruh Ahli Keluarga
Bab 18: Kenali Fitrah Anak-Anak
Bab 19: Memberi Perhatian kepada Anak-Anak yang Aktif
Bab 20: Ajak Anak Bermain Sambil Belajar
Bab 21: Peka Terhadap Anak yang Gemar Meniru Tingkah Laku Orang Lain
Bab 22: Santuni Anak Ketika Berkomunikasi
Bab 23: Bersedia Berhadapan dengan Anak yang Suka Melawan dan Membantah
Bab 24: Ajari Anak Membezakan Antara yang Betul dan Salah
Bab 25: Aktifkan Peraturan di Rumah dengan Konsep Tegas, tetapi Mesra
Bab 26: Bersedia Melayan Anak yang Gemar Bertanya
Bab 27: Berikan Pujian dan Dorongan kepada Anak
Bab 28: Luangkan Masa untuk Anak yang Gemar Bermain dan Berjenaka
Bab 29: Wujudkan Persaingan Sihat dalam Kalangan Anak-Anak
Bab 30: Hargai Anak Lelaki, Puji Anak Perempuan
Bab 31: Rangsang Imaginasi Anak dengan Kisah Keagungan Allah s.w.t.
Bab 32: Galakkan Anak-Anak Mencuba Sesuatu yang Baru
Bab 33: Peka Perkembangan Bahasa Anak yang Cepat
Bab 34: Sokong Anak yang Cenderung Merungkai dan Mencantum
Bab 35: Sebut Kelebihan Anak-Anak
Bab 36: Bimbing Anak yang Sensitif dengan Sentuhan
Bab 37: Dengar Dua Kali Penjelasan Anak sebelum Buat Kesimpulan
Bab 38: Latih Anak Fokus untuk Cemerlang di Dunia dan Bahagia di Akhirat
Bab 39: Galakkan Anak Bereksperimen
Bab 40: Kenalkan dan Ajar Anak Sebut Kalimah Allah untuk Pupuk Rasa Cintakan Islam