Agensi Q merupakan satu ejen risikan persendirian yang sudah lama bertapak di Kota Indera. Pengasasnya Tuan Syafiq dan juga dibantu oleh rakan baiknya Mokhtar, menjadikan Agensi Q salah satu badan risikan yang digeruni yang menempatkan ramai ejen terlatih dan handal. Malangnya Mokhtar dan isterinya, Shahira terbunuh ketika menjalankan salah satu misi untuk menyelamatkan Kota Indera. Mereka meninggalkan seorang anak perempuan yang bernama Isabella atau Bella. Bella dilatih dan membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berkaliber seperti arwah ibu dan bapanya. Dia bersama-sama rakan seperjuangannya Komander Is dan Haziq sentiasa menjadi tulang belakang Tuan Syafiq menjalankan misi dengan berkesan. Satu hari sepucuk surat berbaur ugutan sampai menimbulkan kegusaran seluruh organisasi tersebut. Bukan sahaja kewujudan Agensi Q menjadi ancaman, babkan ugutan tersebut berniat mahu melenyapkan keluarga Tuan Syafiq sendiri. Apa yang paling merisaukan Tuan Syafiq, nyawa anaknya Haikal mungkin menjadi galang gantinya. Tuan Syafiq menemui jalan buntu, lantas mengambil keputusan drastik dengan menjodohkan Bella dan Haikal, anak Tuan Syafiq walaupun dia sendiri tidak bersetuju. Niatnya hanya satu, dia mahu melindungi Bella dan Haikal. Tanpa diketahuinya Komander Is sudah lama menaruh hati pada gadis itu. "Surat itu bukan sekadar ugutan, tetapi mungkin satu petanda lama yang sudah terkubur mengenai Agensi Q dan juga ibu bapa Bella." - Tuan Syafiq. "Aku terhutang nyawa pada Tuan Syafiq. Aku tak sanggup hati bila Haikal mengalami nasib yang sama dengan aku."- Bella. "Bella, kau terlalu misteri bagi aku. Aku akan cari apa yang kau nak daripada aku"- Haikal. "Saya akan tunggu awak, Bella..." Komander Is.