About this product
PengarangCandy Factory
BahasaBahasa Melayu
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Brandkadokawa gempak starz
Product description
Dalam satu permainan maguji keberanian, seorang pelajar Akademi Momos keluar mengharungi gelap malam. Di luar sana, dia terlihat sesuatu yang membuatkan dia pengsan! Apabila Alex dan putera menyiasat insiden ini, mereka menemui suatu rahsia silam akademi mereka. Apakah rahsia itu?
Siri Putera Ulang Tahun Ke-10: Kilau Bintang Putera: Mimpi
Charles menjadi sasaran rancangan jahat Nubis! Dia mahu memukau Charles menggunakan posyen khas. Namun, belum sempat rancangan itu terlaksana Livio datang menghalang. Pertengkaran tercetus dan Putera Gion cuba meleraikannya. Dalam kekecohan itu, botol kecil yang mengandungi posyen pecah, kesannya mereka bertiga tertidur. Apabila terjaga, Putera Gion sedar yang dia berada di dunia lain...
Novel Siri Putera 01: Penunggu Rumah Agam
Jangan teruskan atau bersedialah menerima akibatnya!
Alex dan para putera terperangkap di dalam rumah agam milik Lester Rosenberg, seorang diplomat di Pulau Lorna. Awalnya Lester menjemput mereka untuk perjumpaan diplomatik namun dia tiba-tiba diculik!
Kalau tuan keluar negeri,
Kuini sebakul jadi bekalnya;
Kalau tuan bijak bestari,
Sisip yang betul, dapatlah kuncinya.
Pada malam hujan lebat diringi petir sabung-menyabung, mereka dipaksa bermain permainan minda, mencari artifak dan membuka bilik-bilik misteri dalam keadaan gelap gelita. Gangguan mistik menghantui setiap perjalanan Alex dan para putera demi selamatkan Lester. Siapakah penjahat yang menjadi dalang dan adakah mereka berjaya keluar dari kemelut itu?
“Penjahat tu dah lama rancang dengan teliti. Kita saja yang lalai!”
Novel Siri Putera 02: Kembara Healing Putera!
Perselisihan pendapat mematangkan persahabatan...?
“Tolong berlaku profesional. Majlis kita masih panjang. Kalau nak bergaduh, sila bergaduh di luar dewan.” - Alex
Pertelingkahan sesama ahli MPP Akademi Lelaki Momos semasa mengendalikan majlis makan malam akademi menjadi isu besar kerana timbul cakap-cakap yang kurang enak dalam kalangan pelajar lain.
Menyedari akan hal itu, Pengetua Evan merancang satu kembara healing ke Malaysia dengan misi memulihkan persahabatan dan membersihkan imej MPP di mata semua pelajar.
Akan tetapi, mereka tidak dibiarkan pergi begitu sahaja. Pengetua Evan menjadikan kembara yang diselia Livio itu sebuah program realiti di mana segala gerak-geri dirakam dan ada misi mencabar yang perlu diselesaikan.
Apa tarikan dan cabaran yang menanti MPP Akademi Lelaki Momos ini?
Mulakan Langkah! Buku Aktiviti Siri Putera
Uji kepintaran dan kecerdasan dengan permainan putera ini!
•Padankan Bendera Negara
•Barang Tersembunyi
•Mana Putera?
•Laluan Selirat
•Cari Kata