Tak perlu sempurna untuk jatuh cinta kerana yang sempurna itu hanyalah Dia. HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup. BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja.