garam kasar mempunyai khasiat dari segi kesihatan.Ianya berguna untuk membuang angin dalam badan, meredakan bengkak-bengkak akibat terseliuh, jatuh, hilangkan lenguh-lenguh badan, hilangkan sakit kembung perut terutamanya baby, bertungku di perut untuk perempuan sekiranya tiada batu untuk bertungku. Selain itu juga boleh menghilangkan sakit kepala, kempiskan perut,sengugut dan juga ghout. Paling berguna ialah orang yang stroke/lumpuh namun begitu kita kenalah rajin berusaha mempraktikkannya setiap hari agar penyakit cepat sembuh.
Cara menggunakan garam kasar untuk perubatan adalah dengan cara menggoreng garam kasar tersebut dalam kuali (sangai) hingga panas, garam mengikut banyak mana yang kita hendak gunakan. Sangai garam biar betul-betul panas kemudian bungkus garam tadi dalam kain atau uncang untuk dibuat tungku seperti tungku orang berpantang. Kemudian demah pada bahagian yang sakit/bengkak, buatlah setiap hari sehingga sakit/bengkak kurang. Oh ya lupalah pulak, bagi orang berpantang sekiranya tidak ada batu tungku, bolehlah guna cara ini untuk tungku perut dan badan.
Sekiranya mahu menghilangkan lenguh satu badan, disarankan beli dalam 5 kilo garam. goreng hingga panas dan masukkan dalam sarung bantal yang tidak digunakan lagi, baring di atasnya tetapi sebelum itu alaskan dulu dengan kain lain agar tidak terasa panas apabila berbaring di atasnya, selimut satu badan biarkan berpeluh dan hingga garam sejuk, selepas itu minum segelas air. Cara ini juga berguna untuk orang yang selalu sakit pinggang, sakit belakang dan stroke.