PENGAPURAN TANAH (Liming) merupakan salah satu aktiviti dalam penyediaan kawasan tanah sebelum penanaman. Pengaporan ini bertujuan untuk meningkatkan pH tanah yang berasid, meningkatkan kadar penggunaan baja fosfat, membekalkan bahan mineral seperti Ca dan Mg dan juga untuk mengawal pertumbuhan bakteria. Penulis blog mula mendengar akan kepentingan aktivi pengaporan semasa disekolah menengah lagi didalam subjek pertanian. Pengaporan menjadi penting di negara kita terutama sekali dikawasan seperti sawah padi, kawasan sayur-sayuran dan buah-buahan dikawasan tanah pamah dan tanah yang berasid. Terdapat banyak kaedah dan bahan yang digunaka untuk aktiviti pengaporan. Antara bahan atau baja kapor yang selalu digunakan dinegara kita seperti bahan Karbonat iaitu CaCo3 seperti Dolomite dan Calcite, bahan Oksid serta Hidroksid, bahan Slaked lime dann juga bahan Basic Slag. Terdapat jenis baja kapor yang dijual dipasaran dengan pelbagai bentuk, pembungkusan, warna, saiz butiran dan juga teksturnya. Paling selalu dijual dipasaran adalah kapor GML atau Cairan atau serbuk yang berbeza kegunaan dan harganya. Banyak jenama dan syarikat yang ada mengilang, mengedar dan menruncit baja kapor diseluruh negara tetapi paling ketara adalah edaran baja kapor dikawasan tanah sawah padi atau kawasan jelapang padi.