SILA SIMPAN DI DALAM PETI AIS DAN PANASKAN BILA HENDAK DIMAKAN
ACAR DILETAKKAN DALAM BOTOL PLASTIC @ KACA
KAMI TELAH MENAIK TARAF PEMBUNGKUSAN PADA PENUTUP BOTOL MENGGUNAKAN ALUMINIUM SEAL & DIJAMIN 99% TIADA KEBOCORAN KUAH.
Acar Ikan Talang HomeMade
Dibuat dari dapur Suri Rumah
Dijamin Menyelerakan dimakan bersama nasi panas - panas
ACAR IKAN TALANG HOMEMADE PERLIS
1cawan ikan talang masin yang sudah didadu- digoreng garing
1/2 kg buah jeruk campur
1 1/2 cawan gula pasir
1sudu garam halus
1/4 cawan bijan - digoreng tanpa minyak
Bahan Blend:
30 biji cili kering-buang tangkai & basuh
-Terus goreng dalam minyak panas...biar sebiji-sebiji ...sekejap sahaja sehingga wangi
- Cili yang dah goreng di blend bersama 1/2 cawan air
Bahan Rebus:
20 biji bawang kecik - biar sebiji-sebiji
20 bawang putih - biar sebiji-sebiji
2 ketul halia -racik seperti batang mancis
1 1/2 cawan cuka
Bahan Tumis :
1 cawan minyak
2 sudu teh halba campur (macam tumis kari tu)
1 sudu kas-kas ( jika ada)