light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/3
RM3.50

Belacan Kuala Perlis (Mega Belacan Asli)[200g]

Sold by homemadekitchenperlis
14 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 20

Specifications

homemadekitchenperlis
13 items

About this product

  • Organik:Tidak

Product description

Belacan original dibuat di Sungai Baru Kuala Perlis Perusahaan belacan tarikan istimewa Kuala Perlis Kuala Perlis, selain menjadi lokasi penggemar makanan laut dan pelabuhan pilihan untuk menaiki feri ke Langkawi, ia juga terkenal dengan perusahaan belacan. -Astro AWANI Jika anda ke Perlis pastinya anda terbayangkan kelazatan mangga harumanis yang dikatakan eksklusif di negeri Indera Kayangan itu. Namun mungkin tidak ramai yang menyedari wujud satu lagi tarikan yang tidak kurang menarik di negeri ini iaitu industri pembuatan belacan. Kuala Perlis, selain menjadi lokasi penggemar makanan laut dan pelabuhan pilihan untuk menaiki feri ke Langkawi, ia juga terkenal dengan perusahaan belacan. Rata-rata pengunjung yang singgah di kawasan ini pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli hasil tangan buatan istimewa penduduknya. Susulan populariti belacan Kuala Perlis, maka tidak hairanlah premis perusahaan kecil dan sederhana belacan ada di merata ceruk di sekitar kawasan ini. Mendekati pengusaha belacan di Kuala Perlis, kebanyakannya sudah menjalankan perniagaan ini sejak sekian lama. Menurut salah seorang pengusaha, Atira Marzuki, produk belacan di sini mempunyai keistimewaan tersendiri. Resipi utamanya ialah udang geragau segar terus dari jeti berhampiran. Dengan kemudahan lokasinya yang dekat dengan jeti Kuala Perlis selain bekalan yang sentiasa ada, maka tidak hairanlah ada pengusaha yang mampu mengeluarkan produk belacannya sehingga mencecah ratusan kilogram sehari. “Sehari dalam 200 kilogram, sebulan RM2,000, pekerja 14 orang,” kata seorang lagi pengusaha, Che Saudah Hamzah. Namun, sejak kebelakangan ini, timbul rungutan daripada pengusaha belacan di sini berikutan kos pengeluaran yang saban hari meningkat. Dilema yang dihadapi pengusaha ialah pada masa sama mereka tidak boleh menaikkan harga produk. “Sekarang ni harga mahal, masalahnya ialah bekalan udang; kalau tak buat tu sebab tak ada bekalan udanglah,” katanya. Kebanyakan pengusaha di sini bernasib baik kerana sebahagian besar daripada mereka boleh dikatakan pernah mendapat bantuan, baik daripada segi khidmat nasihat, peralatan mahupun kewangan. Sebagai golongan yang terlibat dalam perniagaan kecil dan sederhana, bantuan seperti itu cukup bermakna buat mereka. Dalam keadaan landskap semasa politik negara, dasar-dasar mungkin berubah namun cabaran semasa bagi pengusaha kecil seperti mereka tetap perlu didepani dan diberikan perhatian. Bagi mereka inilah sumber pendapatan bagi membesarkan anak cucu mereka yang mungkin akan meneruskan legasi sedia ada.

Videos for this product

homemadekitchenperlis
homemadekitchenperlis
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok