Product description
Baja kuda singa BEHN MEYER adalah baja sebatian daripada GERMANY yang telah terbukti berkualiti tinggi dan digunakan oleh ramai pengusaha tani yang mementingkan kualiti yang baik
Nama Baja : Nitrophoska Blue TE/ Kuda Singa
Kategori : Baja Buah & Bunga
Kesesuaian : Semua jenis tanaman (Sayuran, berdaun, berbuah)
15% N Total Nitrogen 6.0% N No3-nitrogen
15% P2O5 Fully citric acid soluble
11.3% P2O5 water-soluble phosphate
15% K2O water soluble potassium oxide
1.6% S water soluble sulphur
Baja NPK 12-12-17+TE (BLUE) 100% import dari negara Belgium adalah baja sebatian y di mana kualiti dan keberkesanannya jauh lebih baik berbanding baja sebatian yang lain di mana teknologi canggih dipraktikan untuk menghasilkan baja yang berkualiti tinggi. Baja NPK ini mengandungi 12% Nitrogen , 12% Phosphorus, 17% Kalium , 2% Magnesium Oxide & TE (Trace Elements) yang lain seperti Boron (B) , Manganese (M), Copper (Cu), Zinc (Zn) dan Iron (Fe)
Baja ini amat sesuai untuk digunakan pada pokok sayuran ,bunga dan tumbuhan yang lain pada peringkat pokok sudah bersedia untuk berbunga dan berbuah di mana ia akan membantu menggalakkan pokok untuk berbunga dan berbuah lebat. Ini adalah kerana baja ini mengandugi kadar campuran Kalium yang tinggi iaitu 17%.di mana fungsi Kalium adalah untuk bertindak sebagai agen penggalak buah dan bunga.
Baja NPK 12-12-17+TE (BLUE) amat sesuai bagi pokok yang mengalami masalah daun kekuningan, rinting, daun luruh dan tidak menjalar. Baja ini akan membantu untuk mengatasi masalah ini semua dan akan membantu pokok untuk berbunga dan berbuah lebat.
1. Ambil 1 ~ 2 sudu Baja NPK 12-12-17+TE (BLUE) dan taburkan pada pangkal pokok 2 minggu sekali.
2. Pastikan baja yang ditabur itu tidak berdekatan dengan batang pokok atau tumbuhan. Jarakkan taburan baja lebih
kurang 10 cm daripada pangkal pokok.
3. Siram dengan air biasa (lebih daripada hari biasa) sejurus selepas baja telah ditaburkan
4. Jangan taburkan baja sekiranya semasa hujan atau daun pokok masih dalam keadaan yang basah.