Product description
Baja kopi organik humus 8:8:8 + 3MgO+TE @ dikenali baja kopi adalah baja butir lengkap yang popular dan menjadi pilihan utama pekebun bandar.
Ia sesuai untuk bunga, sayur, buah dan herba secara organik di rumah. Dikenali juga sebagai Complehumus yang diimport dari Jepun.
Kandungan NPK yang rendah amat sesuai untuk pokok-pokok yang sensitif terhadap baja kimia.
Baja ini adalah bebas daripada najis haiwan dan diperkaya dengan unsur-unsur nutrient lengkap untuk pembesaran tanaman.
Baja ini mempunyai bau seperti serbuk kopi.
Kebaikan Baja Kopi adalah:
1. Kaya dengan asid humik yang meningkatkan tahap kesuburan tanah
2. Mengoptimumkan tumbesaran dan pengeluaran hasil
3. Sebagai pengalak pertumbuhan dan memperbaiki akar yang rosak
4. Tidak mencemari alam sekitar
5. Sesuai untuk awal pertumbuhan tanaman dan semasa pokok berbunga dan berbuah
6. Sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur, buah dan bunga
*Tabur satu sudu (3-5g) baja berdekatan pangkal pokok
*Seeloknya baja dua minggu sekali
*Siram air selepas membaja untuk mempercepatkan penyerapan oleh akar pokok
Nota: Sila jangan pilih J&T Express utk pengeposan ke sabah/sarawak.