Product description
Panduan Cara Guna Cuka Kayu
1.Campurkan dengan air dalam nisbah 1:50 (1 liter cuka kayu dan 50 liter air), atau sehingga nisbah 1: 800 (1 liter cuka kayu dan 800 liter air).
2. Sembur ke atas pucuk tumbuhan. Cuka kayu, seperti hormon, akan diserap menjadi ranting, batang, atau daun.
3. Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman, bancuh 20ml cuka kayu untuk 1 liter air. Siram pada media tanaman 10 hari sebelum menanam.
4. Untuk mengelakkan hama dalam proses pembenihan, bancuh 1.5ml untuk 1 liter air, semburkan pada benih di tapak semaian setiap 10 hari.
5. Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya, bancuh 5ml untuk 1 liter air, semburkan pada pucuk dan daun seminggu sekali.
6. Untuk membasmi kuman dan meneutralkan pH tanah, bancuh 3.5ml untuk 1 liter air, siramkan pada akar pokok.
7. Untuk mengurangkan buah gugur dan menambah kualiti buah, bancuh 2ml untuk 1 liter ar, semburkan pada putik buah.
8. Untuk kawalan serangga, bancuh 1ml untuk 1 liter air dan boleh dicampur dengan racun serangga lain.
9. Untuk kawalan rumpai/lumut, nisbah 200ml untuk 1 liter air , semburkan terus pada rumpai/lumut.