Product description
Judul asal: Pericles of Athens and the Birth of Democracy
Penterjemah: Al-Mustaqeem M. Radhi
Buku ini mengisahkan Periklis, pemimpin Athens zaman silam dan juga salah seorang pemimpin teragung dalam sejarah. Donald Kagan, seorang pakar sejarah Yunani, menjelaskan sisi-sisi Periklis menggunakan sumber-sumber utama dan berwibawa, terutamanya karya Plutarch dan sejarawan agung, Thucydides.
Dengan gaya penceritaan yang cukup jelas, pengarang bukan saja berhasil mengemukakan gambaran padu tentang Periklis tetapi juga menjelaskan perihal kelahiran demokrasi dalam bentuk paling penuh dan menyeluruh di kota itu bawah kepimpinannya.
Pemerhatian pengarang yang tajam juga membantu pembaca memahami punca-punca sengketa antara Athens dan Sparta serta pergeseran antara demokrasi yang masih baru, dengan sistem-sistem pemerintahan lama, termasuk oligarki yang diamalkan musuh utama Athens iaitu Sparta.