Kini semakin ramai orang dan tempat mula lenyap. Alex dan pasukannya pula tidak dapat meningkatkan tahap kekuatan. Jadi terpaksalah mencari jalan lain untuk mempertahankan Bumi daripada Dewa Kekacauan dan ketua ejennya. Semasa wira-wira ini hampir tewas dalam pertempuran sengit, muncul seseorang yang bakal mengubah segalanya. Adakah sinar harapan untuk mereka?