Product description
Orang ingat, mereka boleh miliki cinta. Mereka salah. Cinta bukan untuk dimiliki tetapi untuk diperjuangkan.
Tak semua perjalanan yang boleh kita rakam. Ada perjalanan yang perlu kita nikmati saja, dan
selebihnya kita simpan. Sebahagian besar biasanya di dalam hati. Kerana hati ialah objek yang boleh dibuang dilambung disepak terajang dihiris ditoreh dan disiat-siat. Tetapi ia kekal hidup.
Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang menampilkan beberapa catatan hati paling dalam ZF Zamir dalam perjalanannya-bas dan tren, cangkir kopi, kucing di masjid, barang vintaj dan antik-dirakam dengan makna dan rasa yang baharu. Anda pasti akan tenggelam di dalam emosi yang paling dalam
Percayalah, setiap malam yang panjang, pasti akan ada hujan dan angin yang datang memeluk dan memujuk kita.