About this product
PengarangRobert Greene
ISBN/ISSN9786294930605
PenerbitPTS Publishing House
BahasaBahasa Melayu
Bilangan Muka Surat600
BrandPTS
Product description
ANDA PILIH UNTUK MENGUASAI ATAUPUN DIKUASAI?
Dalam kehidupan, kuasa hadir di mana-mana—di pejabat, dunia perniagaan, politik, malah dalam kehidupan seharian kita. Ia tidak sentiasa positif ataupun negatif, kerana kuasa itu sendiri bersifat bebas dan terbuka; baik ataupun buruknya bergantung pada bagaimana ia digunakan dan konteks persekitarannya.
Buku ini adalah hasil kajian mendalam Robert Greene terhadap sejarah kekuasaan selama lebih 3000 tahun. Beliau merumuskan pemerhatian tersebut kepada 48 hukum kekuasaan yang boleh digunakan bagi memahami bagaimana kuasa berfungsi, serta bagaimana individu tertentu mampu menguasai, mempertahankan, ataupun menjadi mangsa kepada kuasa.
Setiap hukum disertakan dengan contoh-contoh nyata yang dipetik daripada tokoh-tokoh pemikiran dan falsafah seperti Machiavelli, Sun Tzu, Carl von Clausewitz, sehinggalah kepada Ratu Elizabeth I, Henry Kissinger dan beberapa tokoh lain yang pernah memegang tampuk kekuasaan ataupun menjadi mangsa kepada si penguasa.
Sama ada anda ingin memiliki kuasa, sekadar memerhatikannya, atau melindungi diri daripada dimanipulasi oleh orang lain, memahami hukum-hukum ini adalah penting untuk melihat dunia kekuasaan sebagaimana realitinya. Dengan ilmu ini, anda akan lebih bijak menghadapi permainan kuasa dalam kehidupan moden hari ini yang penuh persaingan.