Product description
Terdapat tanda kehitaman di bahagian bawah buku.
Sila inbox untuk lihat keadaan buku.
Demi ibu yang telah banyak berkorban, demi adik yang sangat memerlukan kehadirannya. Malik terpaksa melepaskan impian dan cita-cita yang dikendong selama ini. Dia lebih rela memilih menjadi seperti lilin yang sanggup membakar diri semata-mata mahu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada dua insan kesayangannya itu. Dan, disebabkan terlalu berusaha untuk mereka berdua, dia tercicir dalam soal cinta. Dia alpa masih ada hati yang menanti jawapan kasihnya. Lalu gadis yang diangan-angankan dalam hidup akhirnya berpaling menerima pilihan keluarga dalam ketidakpastian. Malik yang sedar kesilapan sendiri, hanya akur. Memang bukan jodohnya dengan Ramlah.
Namun, setelah bertahun-tahun masa berlalu, mereka dipertemukan kembali dalam keadaan berbeza. Merdeka, cucu Dato' Malik yang menjadi perancang dalam pertemuan penuh bersejarah itu. Apakah motif sebenar Merdeka? Adakah dia mahu memberi peluang kepada Dato' Malik untuk menebus kesilapan semalam? Atau, pertemuan itu hanya sekadar pertemuan dua sahabat lama, tanpa sebarang maksud?
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010)