Ada manusia yang mati tetapi abadi dan Muhammad Ali salah seorangnya. Bangkit dari kepayahan dan berkat usaha jerihnya, dia muncul sebagai peninju yang lasak di gelanggang. Angkuh, tangkas dan berbisa, setiap tingkah lakunya baik di dalam atau luar gelanggang sentiasa menjadi perhatian. Buku ini adalah riwayat hidup salah seorang susuk penting abad ke-20 dan menjadi bukti bahawa Ali seorang pejuang dan wira disegani.