Product description
Kegiatan penternakan rusa kian mendapat pethatian
dalam kalangan masyarakat kita. Keadaan ini mungkin
disebabkan kegiatan penternakan rusa merupakan satu
bentuk pelaburan yang cepat berkembang dan boleh
memberikan pulangan yang menguntungkan. Daging
rusa mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Tekstur
daging rusa lebih lembut dan rasanya lebih enak
berbanding dengan daging lemtbu atau kambing.
Penternakan rusa bukan sahaja dapat menghasilkan
daging rusa, tetapi juga produk lain seperti tanduk, kulit
dan kraf tangan: Buku ini bukan sekadar memberikan
pengetahuan asas tentang penternakan rusa kepada
bakal penternak tetapi juga boleh dimanfaàtkan oleh
semua golongan masyarakat yang ingin menambah
pengetahuan tentang penternakan rüsa.