About this product
Bilangan Muka Surat456
ISBN/ISSN978-629-493-030-8
PenerbitPTS Publishing House
BahasaBahasa Melayu
PengarangRichard Koch
Product description
Capai lebih banyak... dengan usaha yang sedikit
Sejak sepuluh tahun dari penerbitan pertamanya, The 80/20 Principle telah menjadi sebuah karya klasik bisnes dan buku terlaris di peringkat global. Kini, dalam edisi yang telah dikemas kini dan diperbaharui sepenuhnya, Richard Koch memberikan perspektif baharu yang segar kepada mesej beliau yang provokatif dan bertentangan dengan kebiasaan: iaitu 80 peratus kejayaan kita berpunca daripada hanya 20 peratus usaha kita.
Ratusan ribu orang mendapati bagaimana Prinsip 80/20 dapat membantu kita:
Mencari jalan pintas dalam apa jua keadaan
Memanfaatkan ‘masa bertuah’ kita ketika berada di puncak kreativiti
Bertenang, bekerja sedikit, dan mengenal pasti sebilangan kecil matlamat yang penting dan bernilai kepada kita
Memberi tumpuan kepada hal yang berjaya kita lakukan dengan cemerlang dan nikmati – dan meninggalkan hal lain yang tidak penting
Dengan gaya yang segar dan mudah difahami, Koch menjelaskan bagaimana sesiapa sahaja dapat mencapai lebih banyak dengan usaha, masa, dan sumber yang sedikit, hanya dengan menumpukan perhatian kepada hal yang benar-benar penting.
Richard Koch ialah seorang usahawan yang sangat berjaya dengan pelbagai projek seperti perundingan, hotel, restoran, pengurus dan pengatur peribadi, industri penyulingan, dan Internet gaming. Beliau pernah menjadi pakar perunding di firma Boston Consulting Group dan rakan kongsi di firma Bain & Company. Seorang usahawan yang mengakui dirinya sebagai seorang ‘usahawan malas,’ beliau mengamalkan gaya hidup 80/20 di London, Cape Town, Portugal, dan kawasan paling cerah di selatan Sepanyol.