Product description
Lebih pekat, customer Akan dapat apa yang ditunjukkan dalam gambar.....
Bio-Fertilizer untuk kegunaan:-
Mengandungi nutrient dan bakteria sperti berikut:
Rhodopseudomonas palustris, Saccharomyces Cerevisiae, Fotosintesis Actinomycetes, Bacillus Licheniformis,Bacilus Subtilis, Bacilus Amyloliquefaciens, Lactobacilus Casei, Asid Amino, Asid sitrik, Protein, Serat, Vitamin D, Vitamin C, Vitamin B Complex dan lain-lain.
Dibangunkan oleh Profesor Terua Higa dari University of Ryukyus, Profesor Hia percaya bahawa EM memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah berkaitan bekalan makanan, pemeliharaan alam sekitar, penjagaan perubatan dan bekalan tenaga. EM boleh menggantikan bahan kimia dalam pertanian yang membawa kepada pencemaran yang lebih rendah di alam sekitar di samping menyediakan bekalan makanan berkualiti tinggi pada kos rendah. EM adalah mikroorganisma yang paling banyak digunakan di dunia. Dibangunkan lebih dari 30 tahun yang lalu di Jepun. Gunakan EM sebagai baja Sisa makanan mentah yang dibuang dalam isi rumah boleh dirawat dengan EM untuk menghasilkan baja yang berkualiti. Mereka seterusnya boleh digunakan untuk menanam bunga atau sayur-sayuran di taman anda. Sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan yang ditanam dengan baja EM adalah sihat dan lebih tahan terhadap perosak dan penyakit. Bio-Fertilizer EM4 Effective Microorganism yang berwarna coklat dan berbau masam adalah cecair yang mengandungi campuran beberapa mikroorganisma hidup yang bermanfaat untuk pemprosesan penguraian dan membekalkan nutrien kepada tanah. Em4 yang paling berkesan adalah dalam P.H3.5 dan tidak melebihi P.H4.
Cara semburan10ml dicampurkan dengan 2liters air(tanpa klorin) dan digunakan pada waktu 7pagi hingga 9pagi atau 5petang hingga 7 petang di bahagian bawah daun tanaman dan di bahagian tanah tanaman 2kali seminggu.
Campuran minuman 10ml dicampurkan dengan 1 liter air (tanpa klorin) dengan pemberian 2minggu sekali. Sebagai pembersih kendang, masalah bau dan lalat 10ml dicampurkan dengan 1liter air (tanpa klorin) sembur di lantai ternakan dan kawasan yang berbau dan berlalat 2minggu sekali.
Campuran di kolam atau aquarium 5ml dicampurkan dengan 1liter air(tanpa klorin) terus dimasukkan dikeliling kolam atau aquarium sekali seminggu. Campuran makanan 10ml dicampurkan dengan 100gram makanan 2jam sebelum digunakan dan digunakan 3kali sekali.
Kawasan Dapur, lantai mosaic, counter dapur, peti ais, dalaman microwave, sink dan lain-lain 2ml dicampurkan dengan 1liter air(tanpa klorin) sembur di atas permukaan dan lap.
Kawasan bilik air, sekeliling bilik air dan singki. 2ml dicampurkan dengan 1liter air(tanpa klorin) sembur di atas permukaan dan lap. Saliran, singki dan mangkuk tandas terus memasukkan em4 tanpa campuran bila berbau.