MAKYUNG merupakan kesenian Melayu tradisional yang sangat indah. Makyung juga dikenali sebagai kesenian rakyat yang berbentuk taridrama. Kesenian ini dikatakan berawal mula semasa pemerintahan Che Siti Wan Kembang yang mentadbir Wilayah Ulu Kelantan kira-kira dalam abad ke-14. Bagindalah yang mencipta kesenian makyung ini. Makyung terus maju dan perkembang, selanjutnya keluar dari anjung istana ke tengah-tengah masyarakat kampung dan desa. Makyung bagaimanapun masih mengisahkan cerita raja-raja, putera puteri dengan kerajaan serta negeri yang indah gemilang. Makyung dipersembahkan melalui gerak tari yang lemah gemalai, diiringi alunan muzik yang lemak merdu memerikan keindahan alam dan kehidupan, meriwayatkan kehebatan raja-raja dalam pemerintahan, peperangan serta disulami nyanyian disulami unsur pengembaraan, kesaktian, cinta dan takhta yang serba bergemerlapan.